Wednesday, February 19, 2014

PENDAFTARAN SYARIKAT

*Syarikat akan didaftarkan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
*Proses menubuhkan sebuah syarikat mengambil masa lebih kurang 24 jam.
*Bayaran RM 50 akan dikenakan bagi membuat permohonan carian nama baru jika permohonan pertama ditolak
*Proses pendaftaran akan melalui 3 peringkat :
- Carian nama syarikat
- Penubuhan syarikat
- Penyerahan dokumen untuk memulakan perniagaan dan pembukaan akaun bank semasa syarikat.
* Bagi tujuan mendaftarkan syarikat,jumlah aktiviti syarikat perlu ad sekurang-kurangnya 3.
* Akta syarikat yang terlibat ialah Akta Syarikat 1956.
* Minima modal berbayar syarikat ialah RM2.00
* Modal yang dibenarkan oleh syarikat perlulah minima RM 400,000.
* Modal dibenarkan dan modal berbayar boleh dinaikkan pada bila-bila masa selepas syarikat telah didaftarkan sepenuhnya dan mempunyai akaun bank.
* PAKEJ YANG DITAWARKAN
- Mesyuarat ahli lembaga pengarah pertama.
- 1 set Memorandum dan Artikel atau Perkara-perkara Persatuan Syarikat, Borang 24, Borang 44, Borang 49 dan Borang 9 (Disahkan oleh setiausaha syarikat).
- Buku berkanun 
a. Buku daftar(Seksyen 70,141 & 158).
b. Buku minit.
c. Buku sijil saham syarikat.
d. Cop mohor syarikat.
* Yuran setiausaha syarikat perlu dibuat selepas dibilkan.
* Jumlah yuran yang dikenakan sebulan adalah sebanyak RM70 sebulan.

SETIAUSAHA SYARIKAT

Setiausaha syarikat adalah individu yang diperlukan bagi membolehkan syarikat didaftarkan sepenuhnya di suruhanjaya syarikat MALAYSIA serta beliau bertindak sebagai orang tengah diantara syarikat dan suruhanjaya syarikat Malaysia dan merupakan tulang belakang yang mewujudkan syarikat bagi orang awam 

Setiausaha syarikat diperlukan bagi mengesahkan segala dokumen syarikat untuk membolehkan dokumen syarikat anda diterima dan sah disisi undang-undang. Disamping itu juga beliau merupakan pegawai syarikat yang ditugaskan memberi nasihat dan peringatan dari masa kesemasa mengikut kehendak akta seperti 
mengadakan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luarbiasa, melakukan pendaftaran serta menyerah simpan dokumen syarikat dari masa ke semasa seperti akaun beraudit,penyata tahunan dan lain-lain dokumen berkaitan. 

Beliau juga berhak untuk meletakan jawatan pada bila-bila masa jika didapati pihak syarikat tidak beroperasi mengikut Akta Syarikat 1965.Pengarah juga berhak melakukan yang sama bilamana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.Penamatan Jawatan setiausaha syarikat boleh dilakukan dan dengan berakhirnya jawatan beliau maka perlantikan setiausaha syarikat baru perlu dilakukan oleh lembaga pengarah. 

Atas dasar ini setiausaha syarikat perlu dihormati memandangkan beliau merupakan tulang belakang yang mewujudkan syarikat anda. Kami dengan ini amat komited menjalankan kewajipan sebagai setiausaha syarikat anda.

PROFIL SYARIKAT

* Hi-kay Consult Sdn Bhd (624251-P) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada Ogos 2003 dengan nama Hi-kay Consultant & Secretarial Sdn Bhd.
Kemudian pada Ogos 2009 telah menukar nama kepada Hi-kay Consult Sdn Bhd hingga kini.
* Diterajui oleh Puan Khalijah Binti Awang sebagai Pengarah Urusan bersama-sama dengan En.Shamshudin Bin Awang dan Puan Noraini Binti Awang.
* Hi-kay Consult Sdn Bhd menawarkan khidmat Perakaunan, Setiausaha Syarikat,  Pendaftaran Syarikat, Percukaian dan Zakat.