Setiausaha syarikat adalah individu yang diperlukan bagi membolehkan syarikat didaftarkan sepenuhnya di suruhanjaya syarikat MALAYSIA serta beliau bertindak sebagai orang tengah diantara syarikat dan suruhanjaya syarikat Malaysia dan merupakan tulang belakang yang mewujudkan syarikat bagi orang awam
Setiausaha syarikat diperlukan bagi mengesahkan segala dokumen syarikat untuk membolehkan dokumen syarikat anda diterima dan sah disisi undang-undang. Disamping itu juga beliau merupakan pegawai syarikat yang ditugaskan memberi nasihat dan peringatan dari masa kesemasa mengikut kehendak akta seperti
mengadakan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luarbiasa, melakukan pendaftaran serta menyerah simpan dokumen syarikat dari masa ke semasa seperti akaun beraudit,penyata tahunan dan lain-lain dokumen berkaitan.
Beliau juga berhak untuk meletakan jawatan pada bila-bila masa jika didapati pihak syarikat tidak beroperasi mengikut Akta Syarikat 1965.Pengarah juga berhak melakukan yang sama bilamana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.Penamatan Jawatan setiausaha syarikat boleh dilakukan dan dengan berakhirnya jawatan beliau maka perlantikan setiausaha syarikat baru perlu dilakukan oleh lembaga pengarah.
Atas dasar ini setiausaha syarikat perlu dihormati memandangkan beliau merupakan tulang belakang yang mewujudkan syarikat anda. Kami dengan ini amat komited menjalankan kewajipan sebagai setiausaha syarikat anda.
No comments:
Post a Comment