Tuesday, March 4, 2014

Takrifan Zakat Pendapatan
Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan
Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:


RM
RM
Cara 1
Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)


Contoh: RM30,000.00 x 2.5%

750



Cara 2
Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)


Contoh:


A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun)
30,000

B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)


1. Diri
8,000

2. Isteri
3,000

3. Anak 4 orang x RM1,000
4,000

4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 A * 12)
1,200

5. KWSP (contoh: 11%)
3,300

6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji)
900

Jumlah Tolakan
20,400

C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)
9,600

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 A— 2.5%

240
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 A/12 bulan)

20

SUMBER : http://www.zakat.com.my/info/zakat-pendapatan/

Untuk maklumat yang lebih lanjut,bolehlah dapatkan di pautan berikut:

Monday, March 3, 2014

ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
Surah al-Baqarah (ayat 267)
Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan

•             Kaedah Model Berkembang “Growth Model”
Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/-Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat.

•             Kaedah Modal Kerja “Working Capital”

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset Semasa -Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat


Pelarasan

Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:

1. Ditolak Daripada Aset Semasa.

Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:

Barang-barang Tidak Wajib Zakat
Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak.

Bukan Milik Sempurna
Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB).

Si Penghutang Kewangan
Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu.

Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali
Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.

Aset Semasa Mestilah Yang Produktif
Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak.

Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan
Tabung bagi tujuan kebajikan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat ‘hangus’ melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan.

Bagi Kategori Inventori / Stok
Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira.

Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)
Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.


2. Dicampur Kepada Tanggungan Semasa

Menurut pendapat Imam Syafie – Tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.:

 Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:

  • Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
  • Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon
  • Cukai.
  • Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:
  • Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu ‘financial loans’ dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
  • Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).
  • ‘Overdraf’.
  • Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).
SUMBER : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
untuk maklumat lebih lanjut boleh layari : http://www.e-zakat.com.my/zakat-harta/zakat-perniagaan/

Tugas setiausaha syarikat dalam tadbir urus korporat(UTUSAN ONLINE)

SEPERTI mana yang diketahui, setiap syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965, perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang atau lebih setiausaha syarikat. Ini menunjukkan pentingnya peranan setiausaha syarikat bagi memastikan syarikat serta pengarah dan pegawai mematuhi peruntukan perundangan dalam mencapai matlamat perniagaan masing-masing.

Sebelum melihat lebih jauh, adalah baik diterangkan secara terperinci Kod Etika Setiausaha Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdasarkan kepada prinsip-prinsip ketelusan, integriti, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban.

Dalam menjalankan tanggungjawab, seseorang setiausaha syarikat hendaklah sentiasa mematuhi kod etika di atas yang di antara lainnya menggariskan:-

1. Berusaha bersungguh-sungguh ke arah profesionalisma yang kompeten dan pada setiap masa mempamerkan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan kewajipan jawatannya;

2. Sesungguhnya, pada setiap masa melaksanakan kuasanya dengan suci hati, bertindak dengan bertanggungjawab, jujur serta berhati-hati dan penuh ketekunan di dalam menunaikan kewajipan jawatannya;

3. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat dan tujuan syarikat serta kuasa dan sekatannya seperti yang diperuntukkan di dalam Memorandum dan Perkara-Perkara Persatuan syarikatnya;

4. Mempunyai pengetahuan mengenai peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah mesyuarat, khususnya kehendak-kehendak mengenai korum, pengundian dan peruntukan-peruntukan berkaitan proksi dan bertanggungjawab untuk mentadbir mesyuarat dengan teratur;

5. Mengamalkan sikap yang objektif dan positif serta memberi kerjasama sepenuhnya demi kebaikan bersama apabila berurusan dengan pihak berkuasa kerajaan atau badan-badan yang mengawal selia;
6. Memberitahu ahli lembaga pengarah atau pegawai awam yang sewajarnya apa-apa maklumat diketahuinya, yang dia dengan jujur mempercayai bahawa sesuatu penipuan sedang atau akan dilakukan oleh syarikatnya atau oleh mana-mana pengarah atau kakitangan syarikatnya;

7. Membantu dan menasihati pengarah-pengarah bagi memastikan bahawa pada setiap masa syarikatnya menyenggara suatu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyimpan daftar-daftar dan rekod-rekod perakaunan yang sepatutnya;

8. Sentiasa bersikap saksama dalam hubungannya dengan pemegang saham, pengarah dan tanpa berat sebelah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pengarah dan syarikatnya mematuhi perundangan yang berkaitan, tanggungjawab kontrak dan kehendak lain yang berkaitan;

9. Menasihati lembaga pengarah syarikatnya supaya tidak menerima pakai polisi yang bertentangan dengan kepentingan stakeholder syarikat;
Pematuhan kod kelakuan di atas dapat membantu setiausaha syarikat menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan cekap dan efisien.
Ia juga akan meningkatkan piawaian pentadbiran korporat dan menanamkan semangat profesionalisma dan keberkesanan tugas di kalangan setiausaha syarikat.

Selain itu, SSM juga telah memperkenalkan Kod Etika Pengarah sebagai usaha mewujudkan satu garis panduan kepada para pengarah di dalam menjalankan tugas serta cara-cara meningkatkan prestasi dan nilai syarikat.

Sebagai penasihat kepada ahli lembaga pengarah, setiausaha syarikat perlu arif tentang kod etika ini yang menggariskan prinsip yang perlu dipatuhi oleh pengarah syarikat di dalam mentadbir syarikat.

Sebagai setiausaha syarikat yang berwibawa, mereka bukan sahaja perlu mengetahui serta memahami kandungan kod etika tersebut, malah perlu mendidik ahli lembaga pengarah mengenai prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya.

Selain daripada dua kod etika yang perlu difahami dan diikuti seperti di atas, setiausaha syarikat juga perlu memahami serta mendalami aplikasi Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang menggariskan kaedah tadbir urus korporat yang efisien.

Di Malaysia, melaksanakan tadbir urus korporat yang tinggi piawainya adalah merupakan satu "trend" yang semakin diterima umum.

Pembaharuan yang telah dilakukan sekarang ini adalah tepat dan berada pada landasan yang betul.

Malah, sekarang ini wujud kesedaran yang tinggi di kalangan sektor korporat mengenai kepentingan tadbirurus yang baik.

Pada masa yang sama cadangan telah dibuat untuk melindungi setiausaha dan pegawai syarikat dari tindakan tidak adil oleh pengarah yang tidak beretika.

Ini akan membolehkan, setiausaha syarikat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan teratur berpandukan kepada Kod Etika yang sedia ada dan berlandaskan amalan tadbir urus korporat yang terbaik di samping pemahaman yang mendalam mengenai Akta Syarikat 1965 serta lain-lain perundangan berkaitan.

Ini akan menggalakkan pengarah, setiausaha syarikat dan pegawai syarikat bekerjasama antara satu sama lain, berganding bahu untuk mencapai matlamat kewangan organisasi masing-masing dan menambah nilai pemegang saham.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm#ixzz2uszIwPCp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

DEFINISI SYARIKAT

Mengikut peraturan-peraturan yang 
ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah 
syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu:

* Mempunyai namanya sendiri
* Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah
* Mempunyai alamat yang tertentu
* Mempunyai harta atas namanya sendiri
* Tertubuhnya bersepanjang sehingga 
tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual succession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.